CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Friday, September 24, 2010

minggu yang menyerabutkan kepala~~~

salam w.b.t..
semoga kalian sihat sejahtera~~

srrooot...haccuumm!!!....srrrooot..
yeaah...~~!
nie la bunyi yang dihasilkan oleh hidung dan mulut aku sekarang..sangat sukar untuk bernafas..^_^'

hal ini mungkin disebabkan keadaan cuaca di tempat aku berada sekarang...srooot~~
ditambah pula dengan situasi yang sangat menyerabutkan kepala sepanjang minggu ini..

ceritanya bermula begini....haacuuumm~!


**********


hari sabtu lepas (18/9), sedang aku bersenang lenang dekat rumah...al maklumlah hari raya, ada seorang mamat ni..merangkap classmate aku..call aku..

"wei, don ko tau cite x yg ari selasa nie En. Ariff nk wat test!?"

mahu tak denyut pantas aku punya jantung...terus aku roger classmate2 yang lain untuk mendapatkan kepastian. Dan berita yang aku baru tahu tadi memang betul. Apalagi, perasaan gelisah menderu-deru masuk kat dalam hati ni. Mau tak, dah la aku balik rumah tak bawak satu buku pun. Celah manalah aku nak study. Tak beritahu awal pun pasal test kalau beritahu awalkan senang. Ingat nak balik awal je tapi tak boleh sebab aku tak ada kunci bilik. Roomate tengah seronok cuti kat rumah. Tak sampai hati nak kacau dia. Terpaksalah aku berhempas pulas pada hari isnin malam tu..Nasib baik test hari selasa, kalau hari isnin tak tahu nak jawab apa..Alhamdulillah, dah selesai pun jawab test ni...result pun dah dapat...uh??..nk tau??..secret la..hehhehe..ni cerita yang memeningkan kepala yang pertama..srooot~~

ok..next situation..

nak dijadikan cerita, assigment yang aku kena anta ari selasa pula buat hal. Aku boleh lupa kat mana aku save. Jadi lagi teruk, aku boleh lupa nama document tu. Alahai, sengal + pelupa gak aku nie. Yelah, dua minggu aku cuti. Cuti raya plak tu, mestilah nak fokuskan diri kat raya je. Sudahnya aku yang sengsara. Nak cari bukan senang, sebab dalam lappy aku nie je ada banyak folder assigment yang bukan aku punya je tapi tambah skali dengan roomate aku. Sharing is caring orang kata. So, nak ke tak nak aku kena buat yang baru. Maka, berhempas pulas la aku di malam aritu. Dengan esoknya ada test, nak anta assigment pun esok gak. Perit o0o0.. Ada gak kawan-kawan yang suruh aku copy n paste je assigment budak kelas aku yang lain. Memang dari awal lagi otak geliga aku da fikir macamtu. Tapi tak boleh sebab tiap orang dapat topik yang berbeza. Nak cakap banyak tak ada la banyak sangat kena cari. Just pasal tiga company's background, pastu produk yang dihasilkan then estimate strength, weakness and threat sal company tu. Tak banyak kan..??..terpaksalah aku ganti-ganti keje dengan study test aku nie...bosan buat assigment..study pasal test plak. Nasib baiklah otak yang dianugerahkan ni tak pecah..Alhamdulillah, dengan kalimah bismillah aku pun anta keje yang tak berapa nak kemas tu kat pensyarah aku. Settle sudah satu problem..Hachiummm~!

Nak dijadikan cerita, yang menbingungkan kepala terjadi bila assigment yang aku bwu anta semalam(selasa) tak diterima pensyarah aku. Ada la sedikit kesilapan. salah sikit je, c'mon r lec cakap aku dalam hati je. Kalau cakap depan mau dia campak keje aku nanti. Masam je muka aku kua dari bilik dia aritu. Selang-seli masalah datang. Ok xpe, as a student aku kne akur je. Malam tu juga aku wat correction. SETTLE!!!

srooot~~

khamis(23/9)
hari ni, ade dua kelas je. Kelas pukul 12.20 p.m untill 2.30 p.m..then 4.30 untill 6.20..Banyak sangat masa untuk aku merehatkan otak yang sekian lame didera. Tapi nak buat macamane, kita merancang Allah swt pun turut same merancang. Kelas Law pukul 4.30 sangat memberi kejutan yang memberi kesan keatas fizikal dan mental aku. Kami akan menghadapi satu ujian. Even hanya ujian, carrymark tak banyak tapi still kne score. Ujian esok pagi pula(jumaat). Dah nama pun law, mestilah membaca mustahil mengira. Ade mase bape jam je lg nk masuk ari esok. Kalau membaca memang bole settle dalam mase 10-15 minit. Tapi nak memahami?..nak hafal seksyen-seksyen?..kes-kes lagi?..Bole ke?.takpe,aku cuba buat yang terbaik!!!...srooot~

hurm, baru datang azam nak score quiz law nanti. Pkul 8 malam lecturer aku call aku tnye nape xdatang kelas..'lorh,klas mne plak ni encik?'..terus aku start moto. Menderum je moto aku pergi blok kuliah. Macamane ntah ak bole lupe ade kelas ganti malam nie..abis klas kol 10.30 mlm..guling-guling atas katil sat, then start study law..Bla,bla,bla dan blah..ntah pukul bape aku tlelap, kul 5 pagi aku tbangun. Capai buku blik..study lagi. Bla, bla, dan blah..srooot~~~

Otak yang belum cukup rehat ni sekali lagi teruji bila aku nak pergi kelas nak jawab ujian. ade r dalam pukul 10 pagi. Baru je nak start moto, nampak plak surat yang terselit celah-celah set moto aku nie. Cantik surat ni, pinky color weyh. Bile da bace baru tau surat chenta dari guard la. Adess, pening-pening. Aku simpan dulu surat tu papepun yang penting quiz aku kne jawab gak. Pasal quiz nie aku no komen. Hanya mampu berserah pada-Mu Ilahi. Aku da cube buat yang terbaik.

Hachiummm~~

Abis je, terus aku balik kolej. Malas nak singgah mane-mane. Sambil guling atas katil aku bace la surat chenta tadi. RM100!!!??..adesss, asal besa sangat nilai aku kne baya nie.!?..tak update pelekat moto. Tu je kesalahan aku. Tak besa manepun kan..Maka, setelah selesai menunaikan solat jumaat, dengan keadaan yang ujan gerimis aku pun pergi la ke unit keselamatan bg menuntut pembelaan keatas diriku (btol ke ayt aku nie?)...hachiumm~!

Kat sane memang aku kne tibai kaw-kaw..at least bagi peluang dlu kt aku untuk menyuarakan pendapat. Pot pet pot pet. Menanah je tinge aku dengar. Nasib baik aku bole fikir rasional lagi. Nasib baik gak la ade sowg guard nie baik hati. Dapat gak aku kurangkan saman yang dikenakan. Puas hati!!..yeah, tu matlamat aku.

Dari cni aku pegi plak ke jabatan bendahari. ade r dlm 4 km dalam keadaan gerimis. Da bayar saman. Aku kena buat pelekat baru, dengan dukacitanya aku pun pegi bookshop. Cadang nak fotostat ic ngan lesen. Sekali tutup da, awat la hang tutup kedai makcik oi..Terpaksela aku merempitkan moto aku keluar dari u..Ujan plak tu. Da ade fotostat ic ngan lesen, aku pun pegi balik unit keselamatan..then, I GOT NEW STICKER!!!!..hahahaha(puas hati aku!!)

Balik kolej tido terus..bangun-bangun terus jd cmnie...

sekian..srooot~~

p/s: moral of story??..pandai2 r korang cari..heheheh...hachiummm~

0 comments: