CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Saturday, July 24, 2010

Bantal Busuk

Terdapat pelbagai kategori manusia yang tidur menggunakan jumlah bantal yang berbeza..Disini ada beberapa jenis perwatakan yang dapat diketahui dengan cara mereka menggunakan bantal mereka..

1)Memeluk bantal semasa tidur
-selalunya orang ini berjiwa seni. Mereka juga mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2)Menggunakan banyak bantal
-biasanya orang ini kurang keyakinan diri. Mereka juga memerlukan ramai orang di sekeliling sebagai pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mengikut pendapat orang lain.

3)Tidur dengan satu bantal
-mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima sesuatu dengan adanya. Mereka juga selalu membuat keputusan menggunakan fikiran dan bukan mengikut nafsu semata-mata.

4)Meletakkan bantal di bawah kaki
-mereka mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka bersifat egois. Mereka juga gemar mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu dan mereka juga tidak suka berusaha.

5)Tidur tanpa bantal
-mereka memiliki sifat percaya diri yang tinggi. Kadang kala sifat ini boleh membuatkan mereka bersifat egois.

p/s: sekadar suka-suka..jangan dok caya ea..

nape aku ley wat post sal bantal ni??
nape wei??
wuawuawua..da 3minggu aku tido tnpe bantal..gara2 tlalu kelam-kabut nk blik u..sampai bantal pon aku bole tinggal kt uma..
adesss..
minggu nie xdpat blik uma lg..urm,sampai bila la aku harus begini???..
aku merindui bantal busukku~

0 comments: