CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Tuesday, July 20, 2010

Cerita blog baru saya..

Ini blog baru saya..
ya ini blog baru saya..yang baru diciptakan beberapa jam yang lepas..
kelahiran blog ini bukanlah semata untuk suka..tetapi untuk suka-suka saja..
hehehe..

pasti kalian tertanya-tanya kenapa saya memnuat blog ini..
disini biarlah saya menjawab pertanyaan kalian dengan sejujur hati..

ini jawapannya..

jawapannya adalah kerana dengan menggunakan blog saya dapat merasakan kebebasan berkarya..kebebasan berkarya bermaksud saya bebas menaip(memandangkan zaman sekarang ini kita hanya menaip di hadapan komputer) dalam apa jua cerita yang mahu dibaca oleh semua lapisan masyarakat..

hadirnya blog ini juga adalah untuk meluahkan bicara hati mengenai kehidupan yang dilalui mahupun keadaan sekeliling..
*******
tiba-tiba saya berasa pelik...
tahukah anda kenapa..???
sila baca entri ini dari mula lagi..(harap maaf diatas kesulitan,tapi saya sangat berharap agar anda dapat membaca entri ini dari mula supaya dapat mencari punca perasaan saya ini..)
*******
sudah baca..??
apa anda rasa..??
adakah anda rasa seperti berada di dalam kelas bahasa melayu??
seperti penulisan seorang yang terlalu menjaga setiap perkataannya..??
hurm,tidak mengapalah..
saya berasa pelik kerana telah menggunakan bahasa baku sepenuhnya..
wah,sungguh aneh perasaan ini kerana kali terakhir saya menulis dalam bahasa baku ialah pada tingkatan lima ketika membuat karangan Bahasa Melayu..uhuhuu..
oh ya,amatlah berbesar hati saya ini sekiranya blog ini, cetusan hati, dapat diterima umum..
sudilah anda melontarkan pendapat anda di akhir cerita ini...
akhir kata dari saya..
selamat datang ke blog ini..!!
sekian~

0 comments: