CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Thursday, July 29, 2010

apa jawapan anda???

Seorang guru, Cikgu Mariam menghadapi masalah dangan anak muridnya, Amin. Lalu guru itu bertanya kepada anak muridnya itu. "Apa sebenarnya masalah awak Amin?"

Lalu Amin menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya bakal menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Mariam sudah tidak tahan dengan kerenah Amin. Lalu,dia membawa Amin berjumpa dengan pengetua. Sementara Amin menunggu di ruang menunggu, Cikgu Mariam terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua berkata dia akan memberikan ujian kepada Amin dan jika Amin gagal menjawab, dia akan kekal di darjah 4. Beberapa minit kemudian Cikgu Mariam keluar dari bilik pengetua dan menceritakan kepada Amin akan ujian yang akan diadakan. Tanpa berlengah, Amin setuju untuk mengambil ujian tersebut.

berikut adalah soalan-soalan yang ditanya pengetua kepada Amin..

Pengetua: Apa 3 tak 3?
Amin: 9

Pengetua: Apa 6 tak 6?

Amin: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan berdasarkan pencapaian murid UPSR dan Amin mampu menjawab setiap soalan tersebut. Lalu pengetua memandang Cikgu Mariam seraya berkata ,"Saya rasa murid ini patut berada di darjah 6". Lalu Cikgu Mariam bertanya kepada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh saya tanyakan kepada Amin sendiri?". Pengetua mengganguk tanda setuju.

Cikgu Mariam: Apa lembu ada 4 di badan tapi hanya ada 2 pada saya?
Amin: (Berfikir) Kaki.

Cikgu Mariam: Apa yang ada pada di dalam seluar kamu tapi tidak ada pada seluar saya?
Amin: Saku cikgu.

Cikgu Mariam: Apakah yang bermula dengan huruf K dan diakhiri dengan huruf A. Ianya berbulu, berbentuk ovul, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Amin: Kelapa.

Cikgu Mariam: Apakah yang masuk keras. Ianya berwarna "pink", bila keluar ianya lembik dan melekit?
Mata pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, Amin terus menjawab.
Amin: Gula-gula getah.

Cikgu Mariam: Apa yang dilakukan mereka, lelaki secara berdiri, perempuan secara duduk dan anjing secara kaki tiga?
Mata pengetua sekali lagi terbuka sangat-sangat luas. Belum sempat dia cuba menahan Amin terus memberi jawapan.
Amin: Bersalaman cikgu.

Hurm,pengetua melepaskan keluhan.
Cikgu Mariam: Baik sekarang saya akan tanyakan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Amin: Baik cikgu.

Cikgu Mariam: Awak masukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan Cikgu Mariam.
Amin: Erm, khemah cikgu.

Cikgu Mariam: Jari memasuki saya. Awak mengesel-ngesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan dapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dengan soalan Cikgu Mariam lantas beliau meneguk secawan nescafe 3in1.
Amin: (Berfikir) Cincin perkhawinan cikgu.

Cikgu Mariam: Saya ada bermacam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu akan digunakan. Bila awak hembus saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua berasa resah dengan soalan Cikgu Mariam.
Amin: Hidunglah cikgu.

Cikgu Mariam: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya?
Amin: Anak panah jawapannya cikgu.

Cikgu Mariam: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam bahasa english, ok?
Amin: Ok aje cikgu.

Cikgu Mariam: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it, you have to use your hand?
Amin: Fork.

Cikgu Mariam: What word stars with a 'F' and ends in 'K' that means lot of heat and excitement ?
Amin: Firetruck.

Cikgu Mariam: What is it that all main have one of. It's longer on some main than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after their are married.
Amin: Surname.

Cikgu Mariam: What part of the man has no bones but has muscles, lot of veins and love pumping?
Amin: Heart.

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Amin, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Uitm kerana semua jawapan yang saya fikirkan adalah salah."

p/s: Jika semua jawapan yang anda fikirkan salah, anda adalah sama dengan pengetua yang mempunyai fikiran yang kuning..hehehehe....;)

Moga anda terhibur~

0 comments: