CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Sunday, August 1, 2010

aku jua insan biasa~

Urmm.. Kini semuanya sudah semakin jelas. Saya berjanji pada diri saya yang saya tidak akan terus menunggu dan terus berharap pada suatu perkara yang tidak pasti lagi..

Saya mahu terus melangkah kerana saya tahu tidak ada gunanya lagi saya menunggu dan terus berharap..

Takdir telah ditentukan oleh Ilahi. Walau sekuat manapun saya berharap tetapi jikalau Allah tidak mengizinkannya, maka, ianya pasti tidak akan terjadi..

Saya bukan mengalah tapi saya tidak mahu terus hidup dalam khayalan yang tidak pasti lagi. Kini sudah jelas segalanya, saya perlu terus mara ke hadapan. Terus menunggu dan berharap bukanlah sesuatu yang baik..

Saya pasrah. Saya redha. Saya terima segalanya walaupun hati ini belum cukup kuat untuk menghadapinya.

Tapi saya tidak gusar atau bimbang kerana...

Allah sentiasa bersama saya ;)

Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat saya. Maka saya harus redha dengan hati yang ikhlas..

Ini salah saya. Perkara ini terjadi disebabkan saya. Saya yang memulakannya. Memang wajar saya menanggung kesakitan ini..

Namun apabila saya merenung kembali perjalanan hidup ini, saya tahu ini adalah untuk kebaikan saya juga. Jadi saya harus kuat untuk bangun dan menerima kenyataan serta terus melangkah ke hadapan tidak berpaling lagi..

Cuma satu yang saya pinta. Tolong doakan saya supaya kuat. Kerana saya bimbang saya akan berpaling semula..

Kerana saya hanyalah insan biasa~

0 comments: